24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

38 GURU SERTAI BENGKEL KEPENGADILAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH

Rahim (duduk 7 dari kanan), Martin (duduk 6 dari kanan) bersama peserta bengkel

RANAU: Seramai 38 orang guru terdiri daripada guru sekolah menengah (6 orang) dan sekolah rendah (32 orang) telah menyertai Bengkel Kepengadilan Bola Baling Peringkat Daerah Ranau yang berlangsung selama sehari di Sekolah Kebangsaan Kilimu baru-baru ini.

Bengkel yang dikelolakan oleh Zon Timur dan dianjurkan oleh SK. Kilimu itu memperuntukkan dua slot iaitu pengenalan teori berkaitan undang-undang permainan yang dijalankan pada waktu pagi dan seterusnya praktikal kepengadilan di padang SK. Kilimu.

Menurut Pengerusi Penganjur, Abdul Rahim, tujuan bengkel ialah untuk memberikan pendedahan undang-undang dan peraturan kepada semua jurulatih sedia ada dan jurulatih baru.

“Kita masih mangalu-alukan guru-guru yang berminat menjadi pengadil bola baling sama ada di peringkat sekolah, zon dan daerah sebab kita masih kekurangan pengadil. Ini menyukarkan pihak penganjur yang ingin menganjurkan pertandingan bola baling mencari pengadil terutama sekali jika pertandingan tersebut berjalan serentak di berbagai tempat,” katanya.

Rahim berharap para peserta bengkel terutama sekali pengadil-pengadil baru dapat memberikan kerjasama jika terpanggil untuk mengadili sebarang pertandingan bola baling.

“Terimakasih atas kehadiran semua terutama sekali Ckgu Martin Agang selaku penceramah yang rela hati mengongsikan pengalamannya sebagai pengadil bola baling peringkat kebangsaan kepada semua peserta bengkel,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN