25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

36 Syarikat Terima Pengiktirafan STBA 2024

James (tengah,duduk) merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah STBA 2024.

KOTA KINABALU: Sebanyak 36 syarikat pelbagai industri di Sabah mendapat pengiktirafan Sabah Trusted Brand Award (STBA) daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata pengiktirafan itu bukan sahaja membina jenama yang kukuh tetapi juga menjadi simbol kepercayaan pengguna terhadap kualiti produk yang ditawarkan.  

“Tahniah kepada 36 syarikat yang menerima pengiktirafan pada malam ini, pengiktirafan ini bukan sahaja mengiktiraf usaha anda dalam membina jenama yang kukuh dan dipercayai tetapi juga memberi gambaran jelas tentang pentingnya komitmen terhadap kualiti dan kepercayaan pengguna.


“Anugerah STBA ini amat unik kerana ia terbuka kepada semua, tanpa mengira kaum, bidang, atau bentuk perniagaan membuktikan bahawa Sabah adalah negeri yang meraikan kepelbagaian dan kemajuan secara inklusif.


“Namun yang menjadikan pengiktirafan ini lebih istimewa ialah proses ketat yang dilalui oleh setiap syarikat untuk melepasi audit yang telah ditetapkan dalam memastikan hanya jenama yang benar-benar cemerlang diberi penghormatan yang tinggi.

“Dalam era persaingan perniagaan yang semakin sengit, penjenamaan menjadi satu aspek yang sangat penting yang mana jenama yang kukuh bukan sahaja membantu meningkatkan daya saing tetapi juga menjadi simbol kepercayaan pengguna terhadap kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

“Kepada semua penerima anugerah, saya berharap kejayaan ini akan menjadi motivasi untuk anda terus mempertingkatkan usaha dan mencapai kejayaan yang lebih besar di masa hadapan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Malam penyampaian Anugerah STBA 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.


Menurut beliau, pengiktirafan seumpama STBA memainkan peranan penting mengembangkan bidang perniagaan.

“Sebagai negeri yang kaya dengan sumber daya dan kepelbagaian budaya, Sabah mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju dalam pelbagai bidang perniagaan.

“Justeru, anugerah seperti STBA memainkan peranan penting dalam menyokong aspirasi tersebut, sejajar dengan wawasan Malaysia Madani yang mengutamakan nilai-nilai keadilan, kepercayaan, dan keharmonian dalam setiap aspek pembangunan.”Tahniah dan syabas kepada MTPN Sabah serta semua pihak yang terlibat, semoga usaha anda semua akan terus memberi manfaat besar kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri kita,” katanya.


Turut hadir, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Sri Dr. Sabin Samitah, Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Walter Kenson, Timbalan Presiden Kebangsaan MTPN (Pemerkasaan Keahlian dan Cawangan MTPN), Abdul Malik Jamaran, Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sabah, Zulfamy Mat Udi dan Naib Presiden kebangsaan I MTPN, Kevin Lo Kian Min. -Penerangan-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN