Johan kategori cup bawah 12 lelaki
LABUAN: Sebanyak 36 pasukan dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah menyertai Kejohanan Hoki 5 Sebelah Terbuka Labuan 2026 anjuran Victoria Hockey Club Labuan (VHOCL) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan.
Kejohanan selama tiga hari yang diadakan sempena Sambutan Hari Sukan Negara baru baru ini telah berlangsung di Padang A, Kompleks Sukan Labuan.
Sebanyak dua kategori Cup dan Bowl membabitkan kategori Bawah 22 tahun dan Bawah 16 Tahun Lelaki dan Perempuan telah Dipertandingkan bagi merebut gelaran juara.
Sementara itu, bagi kategori Cup, pasukan dari Akademik Hoki Labuan (AHL), Rampage Jr A muncul juara Bawah 12 Tahun Lelaki menerima hadiah wang tunai RM500 beserta medal, naib johan disandang oleh pasukan Boy A mewakili Sekolah Kebangsaan Pekan Satu Labuan.
Tempat ketiga bersama di menangi oleh pasukan Boy A dan Boy B dari SK Bukit Kalam
Bagi katagori Cup Bawah 16 Tahun Lelaki johan dimenanangi oleh pasukan Likas Thunderbolt untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM500 medal dan sijil.
Naib johan dimenangi oleh Pasukan Stringers darii Sandakan dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh SMK Labuan/ Pasukan AHL Rampage B.
Sementara itu, pasukan Beaufort Mix muncul juara Kategori Cup Bawah 16 Tahun Perempuan. Naib johan Timhokisir dan tempat ketiga bersama Serikandi A dan Serikandi B.
Bagi kategori Bowl (Loserpool) Bawah 12 Tahun Lelaki, johan dimenangi oleh Aru Boys, Naib johan pasukan Fighter mewakili Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh AHL Rampage B dan Flame Riders (Sabah) dari masing² membawa medal dan sijil penyertaan.
Bagi kategori Bowl Bawah 12 Tahun Perempuan, johan milik Bullfprog SK Membedai, naib johan AHL Josei S dan tempat ketiga bersama SKBK Girl dan Flame Riders.
Dalsm pada itu, pasukan Likas Girl menjuarai kategori Bowl Bawah 16 Perempuan, naib juara paxukan Josei dan ketigs bersama Serikandi A dan padikan West 10.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Victoria Hockey Club (VHOC), Suhaimie Zardad.



