31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

36 pain darah berjaya dikumpul sempena kempen derma darah di Bataras Hypermarket Keningau

Dr.  Phon Kit Yin sedang menjalankan proses pemindahan darah daripada salah seorang ahli Pengakap Kelana A Keningau.

KENINGAU:Seramai 42 orang termasuk beberapa orang ahli Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Keningau menyertai kempen derma darah di Bataras Hypermarket di sini pada Isnin.

Acara setiap tiga bulan itu merupakan anjuran Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Keningau dengan kerjasama Unit Transfusi Darah, Hospital Keningau bermula jam 10 pagi hingga 1.30 petang.

Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Keningau, Dr. Phon Kit Yin, berkata kempen berkenaan antara langkah bagi mencari penderma.

Ini katanya, kerana ada kalangan masyarakat yang menghadapi kekangan untuk hadir ke hospital.

ā€œApa yang Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Keningau ini lakukan sekarang adalah satu usaha yang perlu dicontohi oleh badan-badan NGO yang lainnya dengan mengadakan program seperti ini di lokasi tumpuan ramai untuk mencari penderma khususnya di Keningau ini.

ā€œApatah lagi penularan COVID-19 menyebabkan ada masyarakat yang panik dan takut untuk datang ke hospital kerana bimbang akan berjumpa dengan orang ramai terutama pesakit,ā€ katanya.

Rahmat Masduki…. Pengerusi Pengakap Kelana A Keningau.

Dr. Phon Kit Yin turut memaklumkan sebanyak 36 pain darah berjaya dikumpul pada program kali ini dan meminta agensi atau individu perseorangan yang ingin bekerjasama melaksanakan tempahan kempen derma darah di lokasi sekitar Keningau boleh menghubungi Puan Aina binti Liman ditalian 0138912885.

Sementara itu, pengerusi penganjur Rahmat Masduki yang juga Pengerusi Pengakap Kelana A Keningau berkata, kempen itu bertujuan membantu Hospital Keningau meningkatkan bekalan darah bagi pesakit yang memerlukan bantuan.

Pemaju Masyarakat UPPM N.41 Liawan Hairul Ahmad Syam pula berkata, beliau kerap menderma darah kerana menganggapnya satu ibadah khususnya dapat membantu mereka yang memerlukan.

Hairul Ahmad Syam ….Kempen derma darah perlu diperluaskan.

Katanya, kempen derma darah wajar disokong oleh majikan, sama ada membabitkan agensi kerajaan atau swasta.

ā€œKempen derma darah perlu diperluaskan dan semaikan dalam jiwa masyarakat kerana ia juga antara cabang ibadah yang digalakkan dalam agama.

ā€œUsaha Kelana A Keningau dan Jabatan Transfusi Darah, Hospital Keningau ini wajar dipuji kerana membawa fasiliti derma darah kepada masyarakat.

ā€œIa perlu diteruskan secara konsisten di semua agensi kerajaan dan NGO/swasta, dengan cara itu masyarakat tidak lagi takut untuk menderma darah dan melihatnya sebagai tanggungjawab sosial yang murni demi kesejahteraan bersama,ā€ katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN