31 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

35 wanita UMNO Labuan sertai Kursus Penerangan Media Sosial dan IT

MOHD RAFI (duduk tengah), Niswati (duduk kiri sekali) dan Arviana (duduk kanan sekali)  bersama peserta kursus.

LABUAN: Seramai 35 orang wanita yang terdiri  Ketua Wanita UMNO Cawangan dan pegawai parti wanita UMNO bahagian Labuan menyertai Kursus Penerangan Media Sosial dan Teknologi Maklumat (IT).

Kursus  sehari itu  dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labuan    yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Labuan, di sini, pada Ahad.

Menurut Ketua Wanita parti itu,  Niswati Tarji kursus yang julung kalinya diadakan bertujuan memberi pendedahan  kepada Ketua Wanita di peringkat Cawangan mengenai kepentingan media sosial dan teknologi maklumat (IT).

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengelola akaun media  terutama sekali Facebook Page… kita berharap  Ketua Wanita di setiap cawangan mampu membina Facebook Page bukan sahaja untuk memaklumkan mengenai aktiviti yang dijalankan oleh wanita tetapi juga mampu menguatkan parti  melalui teknologi masa kini seperti Facebook, Instagram mahupun TikTok” katanya ketika ditemui pada sesi  kursus tersebut.

Kursus yang dibahagikan kepada dua sesi itu dikendalikan oleh Ketua Penerangan  Wanita UMNO Bahagian, Erviana Mohamed Jahari.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Rafi  Ali Hassan  ketika merasmikan majlis penutupan kursus itu  mengucapkan tahniah atas inisaitif Wanita UMNO dalam menganjurkan kursus media sosial  yang menjadi trend masa kini  kepada masyarakat  untuk  mendapatkan maklumat melalui hujung jari.

“Saya berharap para peserta kursus dapat menfaatkan dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi untuk  membantu menguatkan parti di peringkat cawangan dan Bahagian” katanya.

Hadir sama, Setiausaha UMNO Bahagian, Suhaili Amir dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Pungut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN