30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

347 guru  sertai Kempen Guru Hero Asnaf PPZ

GAMBAR: ZAKAT…. Yusop (kanan)  menerima  pengembalian  wang zakat menerusi Skim Wakalah sebanyak RM114,760.00 daripada Mohammed  untuk diagihkan semula kepada pelajar yang memerlukan.

LABUAN: Seramai 347 guru beragama Islam  telah  menyertai Kempen Guru Hero Asnaf anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan Labuan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ Wilayah Persekutuan, Mohammed Hassan berkata,  Kempen Guru Hero Asnaf  disasarkan kepada guru dan kakitangan  beragama Islam yang berkhidmat di sekolah dan kolej  adalah program    pertama   dianjurkan di Wilayah Persekutuan dan  telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.

Mohammed berkata, sekolah sekolah merupakan antara  penyumbang terbesar kutipan zakat di Labuan dimana pada tahun 2019 sejumlah RM808,000 berjaya dikutip dan jumlah itu   telah meningkat kepada RM 1.1 juta pada tahun 2021.

“ Saya menjangkakan jumlah kutipan zakat sekolah sekolah di Labuan akan terus meningkat pada tahun ini berdasarkan pencapaian cemerlang kempen ini dan ianya sekaligus membuktikan bahawa guru merupakan hero, atau nadi utama kekuatan ekonomi asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan” katanya ketika berucap pada Majlis  penutupan Kempen Guru Hero Asnaf peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini, baru-baru ini.

Katanya, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menyediakan pelbagai kemudahan dan manfaat  yang akan diperolehi  oleh setiap pembayar zakat dan ini  termasuklah rebat cukai sehingga 100 peratus, Skim Kafalah Muzakki iaitu khiarat kematian sehingga RM3000.

Paling menarik katanya,  ialah Skim Wakalah  iaitu pengembalian semula dana zakat kepada sekolah-sekolah untuk diagihkan  kepada mereka  (pelajar) yang memerlukan.

Majlis penutupan Kempen Guru Hero Asnaf peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusop Mohammad.

Hadir sama pada majlis itu penceramah jemputan  Al-Fadhil Ustaz Amirul Amin, atau PU Amin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN