32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

33 PPS dibuka bagi menempatkan 3,001 mangsa banjir di Tenom

Raime (kiri)semasa melawat di PPS Saga.

Oleh:Marutin Ansiung

TENOM:Sebanyak 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS)dibuka bagi menempat 3,001 mangsa banjir yang membabitkan 47 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Kemabong dan Melalap setekat jam 4.00 petang tadi.

Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangun berkata, daripada bilangan 47 buah kampung yang dilanda banjir itu 31 kampung adalah dalam kawasan di DUN Kemabong dan 16 kampung di DUN Melalap.

Katanya, PSS yang menempatkan paling ramai mangsa banjir ialah Dewan Sri Ontoros Kemabong dengan bilangan 476 orang diikuti Rumah Kebudayaan.Angalor 226 orang, Dewan Datuk Jinuin Jimin Mandalom 205 orang dan Masjid Paal Seberang 185 orang.

Zaki (kanan) bersama penduduk membantu pengurusan pendaftaran mangsa banjir di PPS

“Sehingga jam 4.00 petang tadi paras banjir sungai padas masih dalam paras bahaya iaitu 179.26M” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu seorang penduduk di Kampung Saga Zaki Empin ketika dihubungi memberitahu malam ini hujan masih turun di daerah ini.

“Sudah hampir satu jam hujan turun di sini. Walau bagaimanapun banjir kini mulai surut ” katanya.

Zaki yang terlibat membantu mengurus mangsa-mangsa banjir di PPS Kampung Saga dan Kampung Batu-Batu berkata, pada hari ini mereka menerima kunjungan dan sekali gus mendapat bahan-bahan keperluan daripada ADUN Dilantik Datuk Raime Unggi.

Katanya, Raime yang juga Ketua Umno Bahagian Tenom melawat PPS Kampung Batu-Batu, Saga Laut, Ponontomon, Paguokon dan beberapa  PPS yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN