27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

315 ekor anjing liar  ditangkap sepanjang tahun ini

LABUAN:  Pihak Berkuasa Tempatan  (Perbadanan Labuan) telah menangkap sebanyak 315 ekor anjing liar  yang berkeliaran  di jalan-jalan  raya, kawasan perumahan dan juga di beberapa kawasan kejiranan di pulau ini.

Menurut satu kenyataan dari  Jabatan Hal Ehwal Korporat,  Perbadanan Labuan, operasi menangkap anjing liar yang berkeliaran dijalan raya  termasuk di kawasan perumahan dan kejiranan telah mula dipergiatkan sejak awal tahun ini.

“Untuk tempoh 10 bulan tahun ini Perbadanan Labuan telah menangkap sebanyak 315 ekor  dan anjing anjing ini  telah  ditempatkan di tapak perlupusan Perbadanan Labuan”  menurut  kenyataan itu.

Operasi penangkapan anjing liar berkenaan  adalah sebahagian  daripada usaha pihak berkuasa tempatan untuk mengekang kemungkinan penularan jangkitan rabies dan kes gigitan anjing.

Selain itu, kegiatan anjing liar yang berkeliaran di jalanan juga terdedah kepada penganiayaan dan keracunan serta boleh mendatangkan kemalangan jalan raya.

Perbadanan Labuan turut mengesa kepada orang ramai untuk membantu pihak berkuasa tempatan menangkap anjing liar daripada menentang  dan  menimbulkan masalah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN