27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pegawai dan Anggota PDRM IPD Ranau terima APC perlu kekalkan prestasi cemerlang: DSP Simiun

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG…Simiun (Tengah) bergambar kenangan bersama Pegawai Kanan,Anggota dan Kakitangan Awam IPD Ranau yang menerima sijil APC.

RANAU: Pegawai dan Anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) perlu mengekalkan prestasi tugas yang cemerlang bagi mencapai visi dan misi yang ditetapkan pucuk pimpinan.

Menegaskan perkara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, anugerah yang diberikan merupakan suatu kepercayaan tertinggi Pasukan PDRM sebagai penghormatan kepada kecemerlangan tugas yang dipamerkan dalam perkhidmatan.

“Jangan sia-siakan kepercayaan yang diberikan pucuk kepimpinan tertinggi pasukan. Jalankan tugas dengan penuh komitmen dan buktikan anda adalah Pegawai, Anggota dan Kakitangan Awam yang terbaik ketika bertugas”. Tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau dekat sini pada Isnin.

Dalam majlis tersebut, seramai 15 orang terdiri daripada Pegawai Kanan, Anggota dan Kakitangan Awam IPD Ranau telah menerima sijil kecemerlangan tugas bagi tahun 2021.

Serah Terima Tugas jawatan Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik antara Insp Muhammad Nabil Afif Bin Abdul Rahman (Kiri) kepada Insp. Syairul Azri Bin Hasbah (Kanan) sambil disaksikan DSP Simiun Lomudin.

Sementara itu, Simiun turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Insp Muhammad Nabil Afif Bin Abdul Rahman bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau yang telah berkhidmat selama setahun disini dan berjaya memenuhi ‘Key Performance Indikator’ (KPI) yang ditetapkan Jabatan itu.

Menurutnya, pihak PDRM IPD Ranau akan terus mempastikan gejala penagihan dan pengedaran dadah dihapuskan sehingga tertangkapnya tokan-tokan dadah yang menjadi perosak kepada generasi akan datang serta menjadi musuh utama negara.

“Usaha Bahagian JSJN IPD Ranau untuk mempastikan gejala najis dadah dihapuskan sepenuhnya adalah misi dan visi saya selaku Ketua Polis Daerah. Tiada sebarang kompromi kepada perlakuan tidak berfaedah itu”. Tegasnya.

Jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ranau akan dipangku oleh Insp Syairul Azri Bin Hasbah dan Insp Muhammad Nabil Afif Bin Abdul Rahman telah bertukar ke IPD Tawau selaku Inspektor Risikan Dan Operasi JSJN daerah itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN