26.7 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

300 warga pendidik sertai  Fun Run Jabatan Pendidikan Labuan 2022 

YAHYA (barisan atas, tengah), pegawai dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) merakam gambar kenangan sempena Fun Run 2022.

LABUAN : Seramai 300 peserta yang terdiri daripada warga pendidik menyertai Fun Run  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan 2022 yang diadakan di Padang Majal Pohon Batu, dekat sini baru-baru ini.

Menurut  Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Kamariah Salim berkata, aktiviti larian Fun Run sejauh 5 km itu adalah salah satu daripada  aktiviti Karnival Sukan Jabatan Pendidikan Labuan yang telahpun dilaksanakan sejak 26 November lalu.

Kamariah berkata, acara pelepasan para peserta larian telah  disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Yahya Ahmad Puteh yang mewakili Pengarah JPWPL, Yusup Mohamad.

Sementara itu katanya, antara aktiviti lain yang dilaksanakan ialah Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton dan Golf.

“Aktiviti ini selaras dengan usaha kerajaan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara yang bersukan bukan sahaja di sekolah bahkan di peringkat jabatan sekaligus dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif,”katanya.

Turut diadakan sempena akativiti Fun Run itu ialah acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah  menarik untuk dibawa pulang oleh warga pendidik yang menyertai Fun Run tersebut.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas menjalankan tugas Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Noraini Sahbudin dan Ketua Penolong Pengarah Unit Bakat Murid, Samsul Mandisin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN