ADVERTISEMENTspot_img

300 pelajar dan guru jayakan Karnival Kempen Internet Selamat peringkat Labuan

Faisal (berdiri lima dari kiri Yahya (tengah) bersama guru guru yang menjayakan Karnival Kempen Internet dan Selamat.

Labuan: Seramai 300 pelajar dan guru dari 28 buah sekolah di sini menjayakan Karnival Kempen Internet Selamat peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

Karnival yang diadakan di Dewan Kompleks Darul Kifayah Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Labuan dianjurkan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengarah MCMC Wilayah Persekutuan, Faisal Hamdi Mohammed Ghouth berkata, karnival tersebut bertujuan untuk memperkasa literasi digital dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar dan remaja, agar lebih peka terhadap keselamatan siber.

“Pengisian karnival ini termasuk aktiviti interaktif dan ceramah pendidikan berkaitan etika penggunaan internet, perlindungan data peribadi dan pencegahan jenayah, buli siber”, katanya.

Tambah beliau, karnival adalah kesinambungan daripada pelancaran Kempen Internet Selamat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa sempena Borneo Flora Festival @Labuan 2025.

Beliau yakin karnival ini mampu memberi impak positif untuk meningkatkan kesedaran risiko dunia digital dan menjadi pengguna bertanggungjawab.

” Selain itu memperkasa peranan guru dalam memastikan mesej keselamatan internet disampaikan secara berterusan di sekolah masing-masing”, jeasnya.

Hadir sama, Pengarah MCMC Selangor, Amal Abdul Aziz dan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Putih.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN