Para peserta berbasikal sambil membersihkan kawasan yang di lalui di sepanjang pantai Jalan Negalang.
LABUAN: Seramai 300 komuniti pelbagai kaum di pulau ini menyertai Program Bersih-Kal sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 peringkat Labuan.
Program Bersih-Kal yang melibatkan tiga Zon bermula dari Jalan pesisir Pantai Tanjung Purun hingga ke Jalan Kampung Negalang itu dianjurkan oleh Perbadanan Labuan.
Majlis Perlepasan para peserta disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.
Ketika ditemui media, Sukuran berkata, program yang berkonsepkan gotong royong sambil berbasikal bertujuan memupuk semangat kerjasama antara komuniti bagi memelihara kebersihan persekitaran khususnya di pulau ini.
“Di samping kita berbasikal dalam konteks gaya hidup sihat dan juga bergotong-royong untuk membersih sepanjang jalan yang dipenuhi sampah-sampah sambil itu kita war warkan kempen untuk memupuk semangat kebersihan di sekitar Labuan”, katanya.
Program ini juga sebagai salah satu usaha Perbadanan Labuan menuju ke arah matlamat mencapai visi “CHASE CITY” yang diilhamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.
Sementara itu, katanya, Perbadanan Labuan telahpun memperincikan pantai Negalang dengan menyediakan infrastruktur asas yang diperlukan disamping nengindahkan lagi kawasan ini dengan landskap yang menarik.
“Perbadanan Labuan telahpun memperincikan pantai Negalang dengan menyediakan infrastruktur asas disamping nengindahkan lagi kawasan ini dengan landskap yang menarik sekaligus menjadi tumpuan pengunjung untuk beriadah dan beristerihat di kawasan ini nanti”, katanya.