26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

30 penjaja pasar tani terima bantuan Kembara Prihatin Negara

BANTUAN….Ansharey menyampaikan bantuan berupa makanan sempena Program Kembara Prihatin Negara di tapak Pasar Tani Labuan Walk.

LABUAN –  Seramai 30 penjaja di bawah Lembaga Pemasaran  Pertanian (FAMA) yang berniaga di Pasar Tani  Labuan Walk  menerima bantuan Kembara Prihatin Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, pada Ahad.

Bantuan berbentuk makanan itu  disampaikan kepada penjaja di kalangan B40 yang terjejas pendapatan susulan pandemik COVI19.

Pada majlis yang sama pihak Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) turut menyerahkan bantuan  wang tunai bagi membantu  perseko
lahan anak anak penjaja  berkenaan.

Majlis penyerahan bantuan tersebut disampaikan oleh Pengarah JKM Labuan, Ansharey Matarsad  dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa di tapak Pasar Tani Labuan Walk.

Ansharey berkata program Kembara Prihatin Negara yang diadakan kali ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, FAMA dan juga Yayasan Pembangunan Labuan (YPL).

Sementara itu katanya, dalam program yang berasingan JKM Labuan  dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ ) Labuan turut  menyerahkan  bantuan Kembara Prihatin Negara  fasa dua secara ‘Pandu Lalu’ kepada 110  penjaja Pasar Sental, Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) yang diadakan di perkarangan JKM Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN