27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

30 BUAH SEKOLAH TERIMA BANTUAN PERALATAN ICT DARI KERAJAAN NEGERI SABAH

Gimik’.. Foo menyampaikan notebook kepada Guru Besar SK. Lohan, Kamarul Zaman Othman

RANAU: Selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memartabatkan taraf pendidikan di Sabah, sebanyak 30 buah sekolah di seluruh daerah telah diberikan Bantuan Ihsan Negeri Sabah berbentuk peralatan ICT terdiri dari sebuah Komputer Dekstop, Notebook, Projektor dan dua buah Printer yang disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan (Menangung Kerja Pegawai Pendidikan Daerah), Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Foo Lee Yen di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang baru-baru ini.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pengagihan fasa 1 itu ialah Sekolah Kebangsaan Kaingaran, SK. Malinsau, SK. Kawiyan Sugut, SK. Mangkapoh, SK. Karagasan, SK. Badukan, SK. Bongkud, SK. Bundu Tuhan, SK. Gana-Gana, SK. Kampong Libang, SK. Kemburongoh, SK. Kananapon, SK. Keranaan, SK. Kimondou, SK. Kituntul, SK. Kundasang, SK. Longut, SK. Langsat, SK. Lipasu, SK. Lohan, SK. Matupang, SK. Maukab, SK. Marakau, SK. Miruru, SK. Mohimboyon, SK. Nalapak, SK. Nampasan, SK. Napong, SK. Narawang dan SK. Paginatan.

Dalam ucapan aluan Foo, beliau mewakili seluruh warga pendidikan di daerah ini merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sumbangan yang diberikan.

“Peralatan ICT ini sangat diperlukan oleh semua sekolah di daerah ini. Kita juga mengalualukan sumbangan sedemikian untuk kegunaan khas di Pejabat Pendidikan Daerah,” jelas Foo.

Dalam pada itu, Foo meminta sekolah lain yang belum menerima sumbangan tersebut agar bersabar untuk fasa seterusnya.

“Saya difahamkan semua sekolah akan mendapat sumbangan yang sama. Sehubungan itu saya meminta agar pihak pentadbir setiap sekolah yang sudah menerima sumbangan pada hari ini supaya dapat memikirkan lokasi di mana sepatutnya peralatan ICT itu sesuai diletakkan. Kita juga mengharapkan agar penggunaan peralatan tersebut sebaiknya berekod,” jelas Foo.

“Terimakasih kepada Penyelaras JTK, Encik Affendy Yon dan kru kerana telah menguruskan majlis ini dan Encik Zairudyn Zainal, wakil Syarikat FIZRIX SYTEMS SDN BHD, yang dilantik khas oleh Kerajaan Negeri dalam program ini,” ujar Foo.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN