ADVERTISEMENTspot_img

30 belia berjaya sertai Kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar peringkat Labuan

Mohd Alias ( duduk fua dari kiri) Suhaili (duduk tengah) Dr. Syahirah (duduk dua dari kanan), Simsudin ( duduk kiri sekali) dan Norsiah.

LABUAN: Seramai 30 belia berjaya menamatkan kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PKEB) 2026 yang dikelolakan oleh Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) dengan kerjasama Level Up Academy.

Kursus yang berlangsung selama 7 hari di Desa Tunas Hijau Kampung Sungi Miri bertujuan untuk memperkayakan pengetahuan dan mengasah kemahiran dalam bidang pemasaran digital serta kecerdasan buatan (AI) kepada peserta tersebut.

Majlis perasmian dan penutupan kursus yang berakhir pada Sabtu lalu di sempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datin Dr. Syahira Hamidon.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Pengerusi DUML, Datuk Sri Mohd Alias Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Desa Tunas Hijau, Datin Norsiah Abdullah.

Terdahulu, Mohd Alias ketika berucap pada majlis itu berkata, DUML telah diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk membantu komuniti bandar dalam bentuk latihan dan sokongan perniagaan.

“Matlamat utama program ini adalah untuk membantu komuniti bandar berpendapatan rendah (B40) dengan menyediakan kemahiran, peralatan dan elaun yang diperlukan.

” DUML bukan sahaja diberi kepercayaan oleh kerajaan tetapi juga perlu memikul tanggung jawab yang diamanahkan”, katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap para peserta yang berjaya menamatkan kursus ini supaya sentiasa mempraktikkan kemahiran pemasaran digital dan kecerdesan buatan (AI) ketika melaksanakan projek atau perniagaan yang diceburi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN