Anak yatim….Eddie bersama anak anak yatim yang menerima sumbangan zakat wskalah Hibiscus Petroleum.
LABUAN: Seramai 30 anak-anak yatim dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Labuan menerima sumbangan Zakat Wakalah daripada Syarikat Hibiscus Petroleum Sdn. Bhd. yang diadakan di dewan JKM Labuan, pada Sabtu.
Majlis penyampaian sumbangan Zakat Wakalah tersebut disempurnakan oleh Ketua Perhubungan Komuniti dan Kerajaan, Syarikat Hibiscus Pteroleum Sdn. Bhd, Datuk Eddie Abdullah.
Hadir sama, Penolong Pegawai Perhubungan JKM Labuan, Mohd Iqbal Mohd Nuri mewakili Pengarah JKM Labuan, Ansharey Matarsad.
Eddie menampaikan sumbangan zakat wakalah kepada salah seorang anak yatim.
Menurut Datuk Eddie wang zakat Wakalah ini disalurkan menerusi Program tanggung jawab sosial korporat yang telah dilaksanakan di empat lokasi masing masing tiga di Sabah dan yang terbaru di Labuan.
Sementara itu, Mohd Iqbal berkata, JKM Labuan sentiasa mengalu alukan penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya di Labuan untuk membantu keperluan golongan anak anak yatim, asnaf dan juga golongan yang kurang berkemampuan.
Pada majlis itu, Mohd Iqbal turut mengucapkan terima kasih kepada Hibiscus Petroleum yang memilih anak anak yatim selian JKM untuk menerima sumbangan zakat Wakalah.