31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 23 orang  dari Kg.Nasakot menyertai PPBM

KENANGAN….Lasan (dua kiri) bersama Luis (dua kanan) dan Lajim (kiri) merakam gambar selepas penyerahan borang menyertai PPBM.

RANAU: Seramai 23 orang  Pengundi dari Kg.Nasakot di sini, mengambil keputusan untuk mendaftar menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) P.179 Ranau.

Mereka yang menyertai PPBM itu telah diketuai mantan Ketua Kampung Kg.Nasakut,  Lasan Bin Ladi mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang mereka kepada Penolong Pegawai Perhubungan  Parlimen (PPPP) Ranau,  Luis Sinti mewakili Ahli Parlimem Ranau, Datuk Jonathan Yasin di Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pagi tadi, turut disaksikan Lajim Abd.Momin, Setiausaha Sulit Datuk Jonathan Yasin yang juga Timbalan Menteri Dalam  Negeri II Malaysia.

Lasan ketika ditemui memberitahu, yang ramai lagi penduduk dari Kg.Nasakot dan penduduk kampung-kampung sekitarnya akan turut mengikuti  langkah mereka untuk menyertai PPBM.

“Kami mengambil keputusan untuk menyertai PPBM bukanlah  dijanjikan  sesuatu keistimewaan, sebaliknya atas kerelaan, keikhlasan hati dan kesedaran sendiri”, tambah Lasan.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN