Keadaan rumah pekerja yang terbakar dalam kejadian malam tadi.
LABUAN Sebanyak 28 bilik rumah pekerja sebuah syarikat berhampiran Taman Perumahan Kianyap Batu Arang di sini musnah dalam satu kebakaran malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan dalam satu kenyataan berkata kebakaran tersebut melibatkan dua buah blok dengan keseluruhan 28 bilik dan 14 daripada bilik berpenghuni.
JBPM Labuan menerima panggilan kecemasan pada jam 7.13 malam sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dengan bantuan BBP Rancha-Rancha.
Seramai 42 anggota bomba dan penyelamat membabitkan beberapa jentera bomba pelbagai jenis telah bergegas ke lokasi untuk operasi memadam dan menyelamat.
Keluasan kebakaran dianggar kan seluas 1 hektar dengan tahap kemusnahan menjangkau 80 peratus.
Menurut kenyataan itu lagi tiada sebarang kecederan berlaku dalam kejadian tersebut sambil menambah kebakaran berjaya di kawal sepenuhnya pada jam 8.04 malam.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



