Oleh: Salwah Aramat
RANAU : Seramai 273 orang lagi penduduk dari 10 buah kampung menerima sumbangan daripada Timbalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jonathan Yasin.
Para penduduk kampung terlibat termasuklah Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan dari 6 buah kampung iaitu Kg. Lohan Kinasaraban (19 orang), Kg. Lohan Delik 30, Kg. Lohan Ulu Tengah 52, Kg. Lohan 1 (54), Kg. Lohan 2 (32) dan Kg. Muruk 42 orang.
Penduduk 4 buah kampung lagi di Kawasan DUN. Karanaan juga turut menerima sumbangan, antaranya ialah 24 orang dari Kg. Maukab, 72 orang dari Kg. Randagong Lama, dari Kg. Walou 16 orang dan Kg. Kiaburi (42 orang).
Bantuan berupa keperluan dapur seperti beras, minyak masak, Gula, Telur dan beberapa barangan lain telah disampaikan sendiri oleh Jonathan, sementara penyampaian sumbangan di Kg. Lohan 2, diwakili Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Lajim Bin Haji Abd.Momen. Manakala 5 buah kampung lagi juga diwakili kakitangan Parlimen yang lain.
Sumbangan tersebut adalah antara bantuan yang dihulurkan kepada keluarga yang dikenalpasti terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Coronavirus (Covid-19) yang kini melanda seluruh dunia.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau ketika ditemui menjelaskan sumbangan itu merupakan antara inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas dengan PKP sejak 18 Mac dan dijangka berakhir 14 April.
“Bantuan yang disumbangkan ini juga antara usaha pihak kerajaan untuk menyantuni rakyat akar umbi berikutan penularan wabak tersebut”, jelas Jonathan. –T A M A T