ATAS TALIAN… Dr Fary bersama Ibarhim ketika mengumumkan pelantikan Ketua Kampung (JKPP) yang baharu secara maya di Wisma Perbadanan Labuan, pagi ini.
LABUAN: Buat julung kalinya dalam sejarah pelantikan Ketua Kampung atau kini lebih dikenali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi sesi 2020-2022 di buat atas talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di pulau ini bermula 17 Oktober sehingga 3 November 2020.
Pengumuman pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman di Tingkat 4, Wisma Perbadanan Labuan, pagi ini.
Turut diumumkan pada majlis itu ialah pelantikan 27 Setiausaha JPKK yang baharu diwujudkan.
Menurut Dr Fary, Labuan merupakan negeri pertama yang mengadakan majlis pelantikan dan penyampaian watikah Ketua Kampung (JPKK) secara maya di Malaysia.
“Untuk rekod seramai lapan orang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sesi 2019-2020 telah dilantik semula sebagai Pengerusi JPKK 2020-2022, manakala lima Setiausaha JPKK adalah terdiri daripada anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi sesi 2019-2020” katanya.
Lapan Ketua Kampung lama yang dilantik semula ialah Osman Kadir (Gersik), Osman Dullah (Sungai Bangat), Rosmani Putih (Sungai Bedaun), Jali Mumin (Sungai Lada), Mohamad Hasan Kapal (Kilan/Pulau Akar), Jamil Wali (Sungai Labu), Amaran Zaid (Lajau) dan Harun Damit (Tanjung Aru).
Sementara itu, 19 JPKK muka baharu yang dilantik ialah Awang @ Abdullah Yassin @Hashim (Batu Arang), Supri @Oping Abidin (Pantai), Shuhaimi Kula (Bukit Kalam), Sabli Timbang (Patau-Patau 1), Rosdi Maidin (Patau-Patau Dua), Rosman Hussien (Rancha-Rancha), Kamal Ariffin Haji Khalidin (Bebuloh), Juali @Julee Latif (Belukut), Adanan Ahad (Sungai Buton), Mahmud Asat @Asad (Sungai Miri), Mohd Ismail Abdul Rahman (Batu Manikar).
Turut menerima pelantikan JPKK yang berkuatkuasa pada 1 Oktober hingga 30 September 2022 itu ialah Abdul Hassan Ghani (Ganggarak), Lamat Tahir (Layangan), Awangku Sazali Pengiran (Lubok Temiang), Haryadi Omar (Pohon Batu), dan Teo Ping Ping (Sungai Keling).
Teo Ping Ping merupakan wanita pertama di lantik sebagai Ketua Kampung sekaligus wanita pertama membarisi 27 anggota Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung.
Dalam pada itu Dr Fary berharap semua Pengerusi JPKK dan juga Setiausaha JPKK akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan berintegriti.
“Semoga kerjasama serta komitmen yang tinggi juga dapat diberikan dalam membantu komuniti di lokaliti kampung masing masing dalam memastikan pembangunan kampung dan warganya seiring dengan pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan” katanya.
Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Ibrahim Tambi.
Tamat: