31 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

260K penduduk Malaysia dijangka alami Demensia pada tahun 2030: Jonathan

DATUK JONATHAN (tengah) merakam gambar bersama AJK Sabah AZ dan sebahagian AJK Persatuan BISTARI


RANAU: Menjelang tahun 2030 kes penduduk Malaysia yang akan mengalami Demensia dijangka akan mencecah seramai 260,000 orang, kata Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.


“Demensia adalah satu proses penuaan yang tidak normal. Menurut Pengerusi Perak Dementia Society, Professor Dr Esther Ebenezer, terdapat 126,000 penduduk Malaysia telah direkodkan mengalami Demensia pada tahun 2022.


“Dengan angka yang merisaukan ini, maka kefahaman berkenaan dengan penyakit ini adalah penting bukan hanya harus difahami oleh orang dewasa tetapi harus difahami oleh kanak-kanak pada usia muda,” katanya.


Jonathan berkata demikian semasa merasmikan majlis penutupan Program Kesedaran Mengenai Demensia bagi Daerah Ranau yang diadakan di Mini Dewan Kg Sinarut Baru, baru-baru ini.


Beliau mengucapkan tahniah kepada Persatuan Sokongan Alzheimer Negeri Sabah dan juga kepada Persatuan Bistari Tani Sinarut Ranau kerana berjaya menjalankan program itu.

DR.CHRIS…Ketika menyampaikan ceramah pada program itu.


“Selaras dengan Tema Bulan Kebajikan tahun ini iaitu, ‘Kebersamaan Teras Malaysia Madani’, Persatuan Sokongan Alzheimer Sabah dan juga Persatuan Bistari Tani Sinarut Ranau telah menunjukkan satu contoh kebersamaan yang terbaik.


“Walaupun dua Persatuan yang berlainan objektifnya dan berlainan jenis fokus tugasnya, tetapi mereka masih boleh berkerjasama dalam satu pasukan untuk melaksanakan tanggungjawab memberi kesedaran kepada semua orang.


“Betapa pentingnya untuk mengetahui jenis-jenis penyakit yang ada di sekeliling kita, mengetahui bagaimana untuk mencegahnya, mengubatinya atau melambatkan proses serangan satu-satu penyakit,” kata beliau.


Tambah beliau lagi, kemungkinan program sebegini rupa boleh menanam cita-cita kanak-kanak untuk menjadi doktor, jururawat, pegawai makmal dan sebagainya.


“Saya berharap akan lebih banyak lagi Kempen-kempan Kesedaran yang akan dijalankan oleh Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Sabah supaya rakyat sedar dan faham betapa pentingnya memahami apa itu gejala Demensia dan Penyakit Alzheimer khasnya.


“Semoga dengan adanya kempen-kempen sebegini rupa, orang akan lebih peka dalam penjagaan kesihatan dan sentiasa menjalankan cara hidup yang sihat pada setiap masa.

PEMERIKSAAN KESIHATAN… Datuk Jonathan (duduk) turut melakukan pemeriksaan kesihatan pada program itu sambil diperhatikan Datuk Hajah Zahra, Dr.Chris (Pengerusi Sabah Az dan oenceramah) dan Dr.Fatimah Sabrina Moahmmad (KPP & Penceramah)


“Di bahagian pihak kerajaan, kita berharap agar lebih banyak peruntukan disediakan kepada Persatuan ini agar rakyat yang berada di pelusuk kampung di seluruh Sabah faham akan gejala Demensia dan Penyakit Alzheimer,” katanya.


Beliau mengucapkan syabas kepada Presiden Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Sabah, Dr Chris Chong dan Persatuan Bistari Tani di bawah naungan Adun dilantik, Datuk Hajah Amisah Yassin atas kejayaan Program itu.


Beliau turut memberi penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah dan juga kepada Majlis Pembangunan Masyarakat Sabah (MPMS) atas dana kepada NGO-NGO di negeri ini untuk menjalankan program-program kemasyarakatan.


Sementara itu, Dr Chris berkata, program tersebut merupakan program kesedaran di luar bandar yang ke-empat yang telah dijalankan oleh Persatuan ini sepanjang Bulan Kebajikan Negeri Sabah bagi tahun 2023.


“Persatuan Sokongan Penyakit Alzheimer Sabah telah berjaya melaksanakan Program sebegini rupa di Kawasan Kepayan pada 14 Oktober 2023, di Kawasan Moyog pada 21 Oktober 2023, di Kawasan Beaufort pada 28 Oktober 2023 dan kini di Ranau.


“Saya sangat berterima kasih kepada banyak pihak seperti SABATA, Lions Club Of Penampang Hosts dan JCI Intan kerana sudi berkolaboratif di sepanjang Program Kesedaran mengenai Demensia yang dianjurkan oleh Sabah AZ.


“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kepada Persatuan Bistari Tani Sinarut Ranau bersama-sama dengan KOSPEN Ranau kerana dengan ringan tangan sudi berkolaboratif dalam menjayakan program pada hari ini,” katanya.


Tambah Dr Chris, objektif Program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat terutama sekali di Sabah ini tentang apa sebenarnya gejala Demensia dan perbezaannya dengan Penyakit Alzheimer.

GAMBAR KENANGAN… Jonathan (duduk kelima dari kanan) bergambar bersama penceramah, AJK Penganjur, dif-dif jemputan dan sebahagian peserta program.


Selain itu, katanya, program ini juga akan memberi tunjuk ajar kepada semua tentang bagaimana penjagaan pesakit-pesakit Alzheimer mahupun penjagaan kepada orang-orang yang sudah berumur.


“Ekspektasi daripada program ini adalah supaya semua peserta yang menghadiri program ini dapat mengumpul sebanyak maklumat yang mungkin berkenaan dengan gejala Demensia dan dapat mengetahui sedalam mungkin berkenaan dengan penjagaannya.


“Selain itu, para peserta program juga akan lebih mengambil berat tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat gejala ini,” katanya.


Belaiu menambah, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh WHO pada 15 Disember 2022, dianggarkan sebanyak 8.5% orang dewasa berumur atau 260,000 penduduk di Malaysia hidup dengan gejala Demensia.


“Memandangkan Demensia adalah Penyakit yang progresif, maka pesakit akan memerlukan sokongan dan penjagaan dalam aktiviti harian mereka.


“Maka dengan itu, penjagaan kesihatan adalah amat penting dalam penjagaan seseorang yang mengalami Demensia,” jelas beliau.

Program yang dihadiri lebih seratus peserta itu telah dipengerusikan Timbalan Pengerusi Persatuan Sokongan Alzheimer Sabah, Datuk Hajah Zahra Ismail Gomes dengan kerjasama Persatuan Bistari Tani Sinarut Ranau (BISTARI) yang diketuai Setiausaha BISTARI, Hartina Leong.

Hadir sama pada prorgam itu, ADUN Dilantik, Datuk Hajah Amisah Yassin,.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN