29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pembangunan Infrastruktur kawasan Pensiangan, akan menjana kepada pembangunan sektor pendidikan: Arthur

Sakim (kiri) menyampaikan cenderakenangan.kepada Datuk Arthur

Oleh: Dt Francis Andin

KENINGAU: Kepesatan Pembangunan Infrastruktur yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah ini khususnya kawasan P.182 Parlimen Pensiangan, akan menjana kepada pembangunan sektor pendidikan terutamanya dalam memastikan usaha untuk memberikan kemudahan prasarana pendidikan secara berterusan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Arthur Jospeh Kurup berkata dengan adanya kemudahan khususnya jalan raya dikawasan luar bandar akan dapat memberi impak besar kepada warga sekolah yang sebelum ini menghadapi kesukaran jalan perhubungan untuk bertugas.

“ Sebelum saya dipilih menjadi ahli yang berhormat lagi, saya sentiasa mengambil pendekatan untuk turut berusaha untuk memastikan warga pendidikan ini dapat ke sekolah dengan lebih selesa, maka apabila saya diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat diparlimen sudah wajar untuk saya laksanakan untuk rakyat”katanya ketika berucap di program Libat Urus bersama Majlis Guru Besar Zon Pedalaman dekat sini semalam.

Arthur menyampaikan cenderahati pemghargaan kepada Joe Kontogou mantan Gb Sk.Merampong.

Katanya bidang pendidikan adalah aset utama kepada perubahan masyarakat dalam dunia yang kini semakin maju dan memerlukan persaingan yang sihat termasuk memajukan bidang pendididkan anak-anak termasuk diluar bandar.

Justeru katanya Guru Besar sebagai pengurus sekolah sewajarnya menjadi rakan kongsi kepada kerajaan dan pemimpin dalam menjamin kemajuan pendidikan dan sekaligus merubah kehidupan masyarakat berilmu pengetahuan dan dapat bersaing menerokai pelbagai bidang kerjaya dan juga kepakaran kini dan akan datang.

Dalam pada itu, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata beberapa projek yang sedang dan akan dilaksanakan akan membantu daerah Pedalaman sebagai daerah yang akan menikmati pelbagai kemudahan pendidikan ini termasuk perancangan membina sekolah Baharu SMK Dalit dan SMK Pegalungan untuk kemudahan anak-anak dikawasan setempat.

Arthur bersama exco MGB Keningau

Katanya dalam perkembangan berkaitan sekolah menegah Trusmadi dalam kawasan Dun Tulid dan Parlimen Pensiangan telah siap sepenuhnya dan akan beroperasi tidak lama lagi.


Pada masa sama ktanya dalam menangani nasalah gangguan elektrik, didaerah kecil sook usaha membina substesen sesb sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam 24 bulan.
Justreru katanya semua usaha ini adalah untuk kemudahan mengatasi pernasalahan rakyat termasuk kemudahan sekolah bekalan elektrik di sekolah.


‘ ini kita jangka akan mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik dikawsan sook khasnya” katanya.
Sempena majlis itu Arthur menyampaikan penghargaan kepada 16 mantan Guru Besar yang telah bersara sekitar 2019-2021 yang tertangguh majlis penghargaan kerana pendemik covid19.
” Selaku wakil rakyat yang dipilih saya membuat perancangan jangka panjang termasuk pra sarana pendidikan” katanya.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Masly Wahip, Pemgerusi MGB keningau Sakim Ibrahim, Timbalannya Jinli Ramli dan Naib 1 MGB keningau Dr.Pranchis Andin.
Pada majlis itu juga Arthur meluluskan permohonan MGB Keningau sejumlah 50 ribu untuk melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun 2022.-ends

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN