30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Mei 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

‘24 Hours On Tree Challenge’, Veveonah Mosibin hadir di Istana Negeri. 

Veveonah ( tengah) ketika menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) disampaikan Toh Puan Norlidah R.M Jasni (kiri) – Foto oleh: Ahmad Sarujin – JaPen Sabah

KOTA KINABALU : Veveonah Mosibin, 18, yang tular dengan video pengalamannya menerusi akaun YouTube bertajuk ‘24 Hours On Tree Challenge’ berkesempatan hadir di Istana Negeri melakukan kunjungan terhadap isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di sini kemarin.

Pelajar jurusan Asasi Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ditemani ibu bapanya itu menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) berupa wang tunai dan keperluan asas harian.

Veveonah (tengah) ditemani ibu bapanya hadir di Istana Negeri kemarin –Foto oleh: Ahmad Sarujin – JaPen Sabah

Turut sama menerima sumbangan YNJ ialah Penuntut Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd. Hainif Alimanja yang hadir bersama-sama ibunya.

Hadir sama, Pengerusi YNJ, Kolonel Kehormat Alhambra Tun Dr Juhar dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Sabah

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN