30.6 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

23 Kanak Kanak sertai Program Khatan Perdana

ASMADI menyiram air Bomba kearah kanak kanak yang berkhatan.

LABUAN: Seramai 23 Kanak Kanak daripada Komuniti Kampung Bebuluh dan Belukut menyertai Program Berkhatan Perdana anjuran PIBG SK Bebuluh dan Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Belukut.


Program yang diadakan sempena cuti Sekolah as h hujung tahun itu telah diadakan di balai raya Kampung Belukut, pada Sabtu.


Pengerusi JPKK Belukut, Asmadi Ahmad, Program Khatan Perdana dikendalikan menerusi Program Kampung Angkat MADANI yang mendapat peruntukan RM3,0000 itu turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Labuan.

Maidan menyampaikan cenderahati kepada salah seorang kanak kanak yang menyertai program Khatan Perdana


“Program ini memberi peluang kepada ibubapa yang kurang berkemampuan untuk membolehkan anak anak mereka berkhatan.


“Ibubapa hanya perlu membayar RM50 selebihnya dibiayai oleh pihak penganjur” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.


Sementara itu, kanak kanak yang menyertai program tersebut amat teruja apabila mereka mandi dengan air yang disiram menggunakan jentera Bomba sebelum mereka di bawa ke hospital untuk berkhatan.


Hadir sama, Guru Besar SK Bebuluh Haji Maidan Dali@ Sumardi Yusof.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN