Para Pengerusi Badan Sukan Wilayah Persekutuan Lbuan yang menerima Bantuan MADANI bergambar kenangan bersama Noridah (tengah).
LABUAN: Sebanyak 22 badan Sukan yang aktif di sini menerima Bantuan MADANI menerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan membabitkan peruntukan RM56,000.
Majlis Penyampaian Bantuan itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Indera Noridah Abdul Rahim mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Noridah ketika berucap berkata Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan Anugerah Penerafan Bintang Badan Sukan Wilayah Persekutuan yang akan disampaikan bermula tahun hadapan.
“ Penerafan ini akan menjadi makanisme penilaian bagi memastikan bandan Sukan di Wilayah Persekutuan mengamalkan tadbir urus yang cekap, sistematik dan berintegrati selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997”, katanya.
Dalam waktu yang sama Noridah turut menyeru agar dana yang diterima digunakan secara optimum bagi memastikan pembangunan sukan akan terus berkembang maju di Wilayah Persekutuan.
Turut diadakan penyampaian watikah pelantikan Ahli Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang baharu masing masing kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azura Abidin.
Hadir sama, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Nasir Ali dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.