30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

22 Ahli YNJ Terima Watikah Pelantikan Daripada Tun Juhar

Tun Juhar menyampaikan watikah pelantikan kepada Jamilah Tukang.

KOTA KINABALU : Seramai 22 individu menerima Watikah Pelantikan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Pengerusi YNJ, Datuk Al-Hambra Tun Juhar berkata para penerima merangkumi lapan sukarelawan baru dan 14 ahli lantikan semula untuk membantu kerja-kerja amal yayasan berkenaan.

“Program amal YNJ dalam masa terdekat ini adalah pada minggu depan iaitu ziarah kasih ke Kinarut yang kita adakan hampir setiap bulan dan Insya-Allah kita akan menyantuni seramai 30 asnaf.

“Selepas  itu, kita akan ke Kota Marudu, Kudat dan beberapa daerah lagi di mana kita akan mengadakan kerjasama dengan Konsul China untuk memberikan sumbangan membina perpustakaan serta pusat sumber sekolah .

“YNJ sebelum ini bukan sahaja membantu  golongan-golongan asnaf dalam kalangan Muslim, tetapi juga membantu golongan asnaf bukan Muslim contohnya di Ranau, Tambunan dan lain-lain.

“Selepas ini kita akan perluaskan lagi kawasan yang kita akan lawati untuk kerja-kerja amal YNJ,” katanya ketika ditemui di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Lantikan semula ahli YNJ antaranya ialah Ahli Lembaga Pengarah iaitu Profesor Madya Datuk Dr. Abdul Kadir Rosline dan Awang Hafizul Awang Muslaini serta Bendahari Kehormat, Datuk Abinan Asli.

Manakala lantikan ahli YNJ baharu ialah Ir. Ts. Jamilah Tukang, Datu Mohd Rais Aslam Datu Jamigul, Rizal Ramelin, Mohd Rafly Samsudin, Rahman Rusman, Muhammad Taqiuddin Januri, Zailzuly Shakry dan Suffi Mohd Harewan Aliamat.-PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN