Para peserta program merakam gambar bersama para penceramah dan Datuk Michael (depan empat dari kanan).
RANAU: Semua Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua-Ketua Kampung atau Pemegang Adat di daerah ini khususnya di kawsan Dewan Undangan negeri (DUN) N.37 Karanaan disaran agar memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka ke arah yang terbaik.
Setiausaha Politik (SUP) kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Datuk Michael Yanya Dungi berkata, tugas para Ketua Kampung kini semakin mencabar memerlukan kebijaksanaan Ketua Kampung atau Pemegang Adat yang ilmu berpengetahuan serta bijak memimpin serta newujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan bersatu padu.
Menurut Datuk Michael, para Ketua Kampung juga bukan sahaja perlu bijak memimpin malah boleh menyelesaikan sebarang masalah kecil dikalangan penduduk diperingkat kampung atau Mukim.
“Mereka adalah berperanan sebagai hakim boleh menyelasaikankan perkara kecil diperingkat kampung selain menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat atau arahan kerajaan mewujudkan perpaduan dikalangan penduduk.
“Saya menyarankan kepada semua Ketua Kampung supaya mewujudkan Balai Adat diperingkat kampung atau Mukim sebagai lokasi menyimpan pelbagai khazana adat untuk rujukan generasi akan datang”, jelas Datuk Michael ketika berucap mewakili Datuk Masidi merasmikan Program Pemerkasaan Adat kawasan N.37 Karanaan di Dewan Terbuka PDK Ranau pagi tadi.
Salah seorang peserta mengemukan pertanyaan semasa sesi dialog.
Terdahulu, Ketua Daerah Ranau, Muhasip Haji Ruman dalam ucapan aluannya mengharapkan kepada peserta yang menghadiri program itu supaya mempraktikkan segala dapatan ilmu pengetahuan sebagai landasan memantapkan adat komuniti di tempat masing-masing.
“Jadikan pengetahuan yang diperoleh sebagai panduan membentuk dan membukukan adat yang masih relevan untuk digunakan sebagai rujukan dari masa ke semasa apabila perlu”, tegasnya.
Sebanyak empat kertas kerja yang diceramahkan sempena program itu termasuklah, ‘Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau, yang disampaikan KAN Marcus Faizal, disusuli ‘Tugas dan Tanggungjawab WKAN dan Ketua Kampung(KK) oleh KAN Jabay@Jaibie Surugau, ‘Penerbitan Buku Adat’ oleh KAN Andrew Jaibi dan Pewujudan Balai Adat’ yang disampaikan KAN Japili Bin Lajim.
Hadir sama pada majlis penangguhan itu ialah CDO Karanaan , Haji Suhaimi Bin Manjun.
Majlis berakhir dengan Lafaz Ikrar oleh 60 peserta yang hadir diketuai WKAN Azman Bin Yuni disusuli penyampaian Cenderakenagan oleh Muhasip kepada Datuk Michael.