26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Dusun Minamasok ucap tahniah kepada Dr. Jeffrey kerana menang tanpa tanding Presiden STARSABAH

KENINGAU:Persatuan Dusun Minamasok menyampaikan ucapan tahniah kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan kerana berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden Parti Solidariti Tanah Airku  (StarSabah)tanpa bertanding.

Presiden Minamasok Dimie Guntob @ Dimie bin Said ( gambar) berkata, kejayaan Dr. Jeffrey mengekalkan jawatan nombor satu dalam parti itu menunjukkan kepimpinan beliau disukai oleh seluruh ahli StarSabah di negeri ini.

Menurut Dimie, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan wajar mengekalkan jawatannya sebagai Presiden bagi kesinambungan perjuangannya yang lebih cenderung mempertahankan hak-hak Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Dimie juga yakin Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan itu dapat berbakti kepada rakyat dan memelihara hak-hak orang asal Sabah.

Pada masa sama Dimie turut menyampaikan ucapan tahniah kepada ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin memenangi jawatan Timbalan Presiden  kouta Bumiputera Islam pada pemilihan parti baru-baru ini.

Katanya, kejayaan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menduduki jawatan nombor dua itu membolehkan beliau memainkan peranan dalam memperkasakan StarSabah sebagai wadah memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN