26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Vaksinasi: Ibubapa, golongan pelajar berterima kasih kepada KKM

RANAU: Ibubapa dan golongan pelajar terus menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana melaksanakan program pemberian vaksinasi kepada pelajar berumur 12-17 tahun sebagai langkah mengekang jangkitan  Covid-19 yang kini masih menular masyarakat antarabangsa tanpamengira suku kaum, budaya dan agama.

Tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau pagi tadi (12 Oktober), ramai pelajar dan ibu bapa yang ditemui berterima kasih dan memuji langkah kerajaan melaksanakan pemberian vaksin kepada golongan belia terutama pelajar sebelum ke sekolah bersemuka dengan warga sekolah khususnya guru-guru mereka tidak lama lagi.

“Dengan pemberian vaksin dua dos lengkap kepada anak-anak kami sememangnya melagakan keluarga yang bimbang akan dijangkiti pandemik itu jika tidak divaksin sebelum mereka ke sekolah kelak”, kata Juliza Jusip 56, dari Pekan Ranau sependapat dengan rakanya, Siti Riza Azaimain 49, dari Kg.Sinarut Baru Ranau yang menemani anak mereka untuk menerima suntikan vaksin jenis Pfizer dos kedua di PPV dewan masyarakat Ranau.

Beberapa orang pelajar yang ditemui juga turut berasa gembira kerana sudah menunaikan tanggungjawab menurut arahan pihak sekolah untuk divaksinasi lengkap sebelum ke sekolah bersemuka dengan guru-guru serta rakan-rakan mereka kelak.

“Bagaimanapun, meskipun sudah divaksin lengkap, namun kami masih dikehendaki agar mematuhi semua SOP yang ditetapkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikuat-kuasakan diperingkat sekolah”, jelas adik Penneyelin Binti Yalin pelajar Tingkatan 5, dari SMK Kemburongoh Ranau turut disokong adik Florina Jalis pelajar Tingkatan 5; dari SMK. Kundasang.

“Kita Jaga Kita, Jaga Keluarga dan Komuniti”, tambah Florina.

Menurutnya lagi pematuhan SOP yang ditetapan seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup separuh muka, sering membasuh tangan dengan sabun pembunuh kuman dan tidak mengunjungi kawasan  ramai orang perlu dipatuhi oleh semua orang sebagai benteng diri daripada jangkitan Covid-19 yang sememangnya sukar dilihat dengan dengan mata kasar.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN