28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

202 peserta Rakan Muda terima sijil Pentauliahan ARPRM 2023

SIJIL…. Mohammad Syahffie menyampaikan sijil tauliah  ARPRM kepada salah seorang pelajar UMSKAL yang telah berjaya melengkapkan semua komponen Anugerah..

LABUAN: Seramai 202 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)  yang memperolehi tahap Perak dan Gangsa bagi tahun 2023 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan  telah menerima sijil pentauliahan.

Mereka yang menerima sijil tersebut merupakan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pelajar dan pemimpin belia, yang telah berjaya melengkapkan kesemua komponen anugerah.

Majlis penyampaian sijil pentauhulian itu disempurnakan  oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Syahffie  Japril yang diadakan  sempena Majlis Pentauliahan  Anugerah Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Gangsa 2023 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang di Dewan Utama UMSKAL, pada Khamis.

Terdahulu, Mohammad Syahffie ketika berucap pada majlis itu berkata, secara keseluruhannnya  seramai 367 peserta yang turut melibatkan  Kelab Rakan Muda, Sekretariat Rakan Muda dan pelajar sekolah menengah  telah  memperolehi sijil pentauliahan tahap Perak dan Gangsa yang telah diadakan sebelum ini.

ARPRM dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Badan Operasi iaitu persatuan belia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain organisasi.

Selain itu, ARPRM juga merupakan sebuah program ikonik bertaraf antarabangsa yang mengguna pakai model The Duke of Edinburgh’s International Award khas untuk belia berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Hadir sama,  Ketua Penolong Pengarah  Jabatan Pendidikan Labuan,  Samsul Mandisin, Pengetua Sekolah Sukan Negeri, SMK Mutiara,  Ag. Rozlan Manan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL). Nazera Roslan dan Pengerusi Kelab Belia Anak Layangan (Kebal), Ahmad Nazri Jamal.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN