SIMBOLIK… Bashir (dua kanan) bersama Fadzilah (kanan sekali) mengecat pembahagi jalan sebagai simbolok program Gotong Royong Kecian pusat Bandar di kawasan Laman Victoria
LABUAN: Dianggarkan kira-kira 200 warga Labuan yang terdiri pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) menyertai Program Gotong Royong Kecerian Pusat Bandar 2022 anjuran Perbadanan Labuan yang diadakan Laman Victoria, pusat Bandar, pada Sabtu.
Program Gotong Royong Kecerian Pusat Bandar yang merupakan inisiatif Program Mampan Sejahtera di bawah Local Agenda 21 (LA21) bagi Kebersihan dan Kecerian Bandar peringkat Labuan telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Ekesekutif (Perbandaran), Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud.
Terdahulu, Bashir yang juga Ahli Dewan Negara ketika berucap berkata, program yang julungg kalinya diadakan bukan sahaja untuk menceriakan keadaan Bandar Labuan tetapi juga merupakan usaha untuk membendung penularan wabak denggi yang semangkit meningkat khususnya di kawasan bandar.
“Selain daripada aspek kebersihan dan kecerian, aspek kesihatan persekitaran juga perlu diutamakan demi kesejahteraan warga Labuan secara keseluruhannya.
“Penganjuran program gotong royong seperti ini turut menggalakkan aktiviti pembersihan melalui amalan gotong royong yang melibatkan kerjasama daripada rakan-rakan strategik seperti Dewan –Dewan Perniagaan, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO)”katanya.
Turut diadakan pameran Kitar Semula, pameran berkenaan wabak denggi, pemeriksaan kesihatan dan juga perkhidmatan kutipan e-waste.