26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

200 golongan kurang mampu terima sumbangan  raya daripada ASB

SUHAILI menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan pada majlis itu.

LABUAN: Seramai 200 golongan kurang berkemampuan termasuk  ibu tunggal dan warga emas menerima sumbangan duit raya dan barang makanan daripada syarikat ASB Sdn. Bhd.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi ASB Sdn. Bhd, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman pada Majlis Berbuka Puasa ASB yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, pada Ahad.

Suhaili ketika berucap pada majlis itu berkata, ASB memperuntukan sebanyak RM50,000  untuk diagihkan kepada masyarakat Labuan yang kurang bernasib baik menerusi tanggungjawab sosial  korporat (CSR) yang diadakan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan Al Mubarak.

“Pada tahun ini setiap penerima menerima duit raya sebanyak RM250 masing masing RM200 sumbangan daripada syarikat ASB, manakala RM50 adalah sumbangan peribadi saya.

“Dengan adanya sumbangan itu ia sedikit sebanyak di harap dapat membantu meringankan beban  golongan tersebut  sebagai persediaan menyambut bulan Syawal nanti”, katanya.

Turut menerima sumbangan pada majlis itu ialah sekumpulan pelajar Tahfiz  dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Marinding.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd, Japar Estaban serta pelanggan tetap ASB yang terdiri daripada  Ketua Ketua Jabatan Kerajaan  dan Pengurus Pengurus Syarikat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN