PACUAN EMPAT RODA BERTEMBUNG LORI DEKAT KUNDASANG

Home Tempatan PACUAN EMPAT RODA BERTEMBUNG LORI DEKAT KUNDASANG
PACUAN EMPAT RODA BERTEMBUNG LORI DEKAT KUNDASANG

RANAU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda bertembung dengan lori dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Ranau-Kota Kinabalu, dekat Kundasang, di sini pada petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, mujur dalam kejadian lebih kurang 3.30 petang itu, pemandu dan tiga penumpang kenderaan pacuan empat roda hanya mengalami cedera ringan. Manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya telah menerima panggilan kecemasan sekitar 3.40 petang dan seterusnya mengerakkan jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Tiba dilokasi, bomba mendapati sebuah kereta jenis Isuzu D-Max telah bertembung dengan sebuah lori tiga tan yang membawa muatan buah-buahan.

“Pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera seterusnya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan ambulan untuk  rawatan lanjut,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin.

Menurut Ridwan, siasatan awal ditempat kejadian mendapati, kereta Isuzu dalam perjalanan dari arah pekan Ranau, manakala lori dari arah Kundasang, sebelum bertembung .

Bagaimapaun jelasnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak Polis.