LENGKAP 2 DOS…. Rithuan (dua kiri), Dr Ismuni (tiga kiri), Bashir (empat kiri), Rozman (empat kanan) dan Mohd Hafiez (kanan sekali) selepas menerima suntikan vaksin dos ke dua.Turut kelihatan Pemangku Ketua Polis Labuan, DSP Mohd Ibrahim (tiga kanan), Pengarah Jabatan Penerangan, Sipian Musa (dua kanan
LABUAN: Seramai 180 petugas barisan hadapan diberi suntikan vaksin dos kedua pada hari pertama fasa satu Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang bermula pada Sabtu.
Pengerusi Pengurusan Jawatankuasa Bencana Daerah (JBPD) yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID 19, Rithuan Ismail berkata, pemberian suntikan dos kedua fasa satu vaksin itu akan berlangsung selama sembilan hari melibatkan keseluruhan 2,234 petugas kesihatan dan bukan kesihatan termasuk pemimpin masyarakat dan wakil media.

MEDIA…. Juru kemera Bernama, A Muqtadir Halim dan jurukemera RTM, Sudit Yusof antara pengamal media yang turut menerima suntikan vaksin dos kedua pada Sabtu.
“Manakala pemberian suntikan vaksin fasa kedua akan dilaksanakan pada pertengahan bulan April membabitkan kira-kira 27,000 individu yang akan ditempatkan di tiga pusat vaksinasi masing masing di Klinik Kesihatan Membedai, Hospital Labuan dan Hospital Angkatan Tentera di Pangkalan Tentera Udara Membedai” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin COVID 19 Wilayah Persekutuan Labuan, Klinik Kesihatan Membedai.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiez Daud.
Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari termasuk Rithuan sendiri menjadi kumpulan terawal yang menerima suntikan vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin COVID 19 Klinik Kesihatan Membedai.



