27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

18 Kampung terjejas bekalan air terima bantuan tangki Kerajaan Madani

PENDUDUK Kampung siap sedia untuk menerima bantuan tangki air menerusi  peruntukan KKDW.

LABUAN: Kerajaan Madani melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah  (KKDW) telah mengagihkan sebanyak 750 buah tangki bagi meringankan beban penduduk di 18 buah kampung yang  terkesan gangguan bekalan air yang berpanjangan.

Majlis penyerahan bantuan tangki  dengan kapasiti  500 liter itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafi pada Majlis Penyerahan Bantuan Tangki Biru  yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun, pagi Sabtu.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias, dan Pengarah Kementerian Kamajuan Desa dan Wilayah, Aishah Norodin.

SIMBOLIK…. MOHD RAZLAN (empat dari kanan barisan belakang)  menyerahkan tangki air secara simbolik kepada penduduk Kampung Layang Layangan sambil diperhatiakn Mohd Rafi (kanan  sekali barisan belakang) dan Bashir  (kiri sekali).

Terdahulu Mohd Razlan ketika ditemui media berkata, agihan tangki  fasa pertama itu  merupakan bantuan jangka pendek bagi membantu menyelesaikan permasalahan penduduk kampung  yang terlibat dengan masalah gangguan bekalan air yang kritikal.

Beliau berkata, Timbalan  Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi telah meluluskan peruntukan sebanyak  RM500,000.00  bagi membekalkan 750 buah tangki yang dikatakan  sebagai keperluan  mendesak kepada penduduk Labuan.

“Kerajaan telah menjanjikan sebanyak 1000 tangki, bagaimanapun untuk fasa pertama ini kita agihkan sebanyak 750 tangki  dan selebihnya 250 tangki akan di bekalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan  melalui peruntukan ICU” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi berharap  bantuan tangki yang telah diusahakan oleh UMNO Bahagian ini akan dapat  menyelesaikan masalah rakyat Labuan yang berhadapan dengan gangguan bekalan air  secara jangka pendek.

Bagaimanapun Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yakin masalah gangguan bekalan itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh setahun atau dua tahun apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibarahim dalam pembentangan Bajet 2023 baru baru ini  telah meluluskan peruntukan  RM300 juta untuk menyelesaikan  masalah penggantian paip-paip air  rosak yang kini sedang giat dilaksanakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN