31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

170  Usahawan pelbagai bidang sertai Program Annual Planning Booster 2022 peringkat Labuan

SIMBOLIK….. Rozman (lima dari kiri) bersama Sudirman (empat dari kanan)  memotong rebin sebagai tanda perasmian program terebut.

LABUAN: Seramai 170 usahawan pelbagai bidang di pulau ini menyertai Program Annual Planning Booster  For Enterpreneurs 2022 peringkat Zon Labuan di Hotel Tiara, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Int3tree Malaysia Cawangan Labuan dan  Koperasi Wanita Labuan Berhad telah disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Menurut Pengarah Urusan Int3ree Malaysia, Cawangan Labuan, Liza Liun, program tersebut bertujuan memberi pendedahan skop strategi perniagaan sepanjang tahun disamping  membuka minda para usahawan untuk melangkah lebih jauh  dalam bidang perniagaan.

SEBAHAGIAN usahawan muda wanita yang menyertai program tersebut.

“Selain itu, para peserta yang menyertai program sehari ini turut  menerima manfaat dalam menyediakan modul perancangan perniagaan.” Katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Liza berkata,  para peserta juga menerima bimbingan  dalam menyiapkan template modul perancangan mengikut bidang bidang perniagaan yang mereka ceburi.

Hadir sama, Pengarah Urusan   Syarikat Int3tree Malaysia, Sudirman Abdul Rahman.

Sudirman yang juga Pengasas Syarikat Int3tree merupakan antara 100 Ketua Pegawai Eksekutif termuda  dan terbaik  di Malaysia yang  telah berjaya membantu lebih 40,000 usahawan dalam syarikatnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN