Mohd Rafie (enam dari kiri) dsn Mohd Radzaleih (enam dari kanan) bersama pelajar yang menerima biasiswa berkenaan.
LABUAN: Seramai 17 pelajar dari Wilayah Persekutuan Labuan menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membabitkan peruntukan RM587, 914.20.
Majlis penyerahan biasiswa bagi sesi 2025/26 itu disempurnakan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Rafie Zakaria di Dewan Seminar Al- Fateh, di sini pada Khamis.
Mohd Fauzi berkata, biasiswa berkenaan bertujuan untuk menyokong pelajar cemerlang daripada golongan asnaf untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, selain melahirkan generasi berilmu yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah negara.
Jelas Mohd Rafie antara kemudan yang disediakan melalui bantuan biasiswa ini ialah yuran pengajian akan ditanggung oleh MAIWP disamping menyediakan elaun sara diri serta bantuan pembelian buku dan alat tulis bagi keperluan pembelajaran pelajar.
” Pemilihan penerima biasiswa dibuat
berdasarkan keputusan akhir peperiksaan di peringkat Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM), Diploma dan Matrikulasi serta perkiraan had
kifayah keluarga “, katanya.
Hadir sama, Timbalan Pengurus MAIWP, Ustaz Mohd Radzaleih Matusin.



