PESERTA… para peserta kursus bergambar kenangan bersama pihak pengurusan TWI (S.E) Sdn. Bhd dan MAIWP.
LABUAN: Seramai 17 pelajar asnaf tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah menyertai Kursus Kimpalan Industri Minyak dan Gas selama empat bulan di TWI (S.E Asia) Sdn. Bhd Shah Alam.
Menurut Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIW Labuan, Mohd Syukur Norfini, melalui aplikasi Facebook rasmi MAIWP, mereka adalah antara 20 pelajar asnaf dari Wilayah Persekutuan yang menjadi perintis muda menyertai Program Kimpalan Dalam Industri Minyak dan Gas hasil kolaborasi MAIWP bersama syarikat Antarabangsa yang berpangkalan di Shah Alam.
Mohd Syukur yang mengiringi penghantaran pelajar berkenaan ke Shah Alam pada Rabu lalu telahpun diserahkan kepada pihak pengurusan syarikat TWI (S.E) Sdn. Bhd yang turut disaksikan oleh Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP, Ustaz Ahmad Talmizi Yahya.

TINJAU…. Ustaz Ahmad Talmizi (bersongkok) dan Mohd Syukur sempat meninjau dan berbual dengan peserta kursus.
Jelas Mohd Syukur, MAIWP Labuan telahpun memperuntukan sebanyak 17,000 untuk pembiayaan penerbangan para peserta, manakala secara keseluruhanya MAIWP telah memperuntukan sebanyak RM784,000 bagi membiayai semua pelajar MAIWP.
Dalam pada itu, MAIWP menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh pembayar zakat di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) sekaligus membantu merealisasikan impian keluarga asnaf dalam membina masa depan yang lebih cerah.