26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

16 PASUKAN SERTAI PERTANDINGAN BOLING PIALA IKON TENPIN


KENANGAN..16 pasukan Kelab Ikon Wanita Malaysia cawangan Sabah bergambar kenangan dengan Wahida (baju pink).

KOTA KINABALU: Sebanyak 16 pasukan menyertai Pertandingan Boling Piala Ikon Tenpin peringkat Kelab Wanita Ikon Malaysia negeri Sabah 2023.

Majlis penutupan perasmian dirasmikan oleh isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datin Wahida Mardiana Norsalim.

Pertandingan tersebut diadakan di KK Galaxy Bowl, Centre Point Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu, Datin Wahida Mardiana Norsalim berkata, bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya ia juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan rakyat.

Beliau berkata menerusi sukan, semua masyarakat setempat dapat bersatu dan berinteraksi tanpa mengira pangkat, budaya, agama, bangsa dan pendidikan.

Katanya, aktiviti sukan sangat bermakna bukan hanya sebagai usaha melahirkan masyarakat yang sihat malah menjadi medan membentuk jati diri, disiplin, semangat bekerjasama dalam satu bumbung selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan para pemain tersebut.

“Kegiatan sukan perlu menjadi asas untuk mencungkil bakat baru pada peringkat lebih tinggi, termasuk daerah, negeri dan kebangsaan.

“Golongan generasi muda tidak seharusnya mengabaikan kegiatan sukan ketika di bangku sekolah kerana penyertaan dalam bidang berkenaan boleh membantu meningkatkan mutu sukan negara. Melalui bersukan juga memberikan impak yang berguna kepada kesihatan badan dan mental, “ katanya.

Turut hadir sama, Pengerusi Kelab Wanita Ikon Malaysia cawangan Sabah, Asmah Kadir, jawatankuasa Kelab Wanita Ikon Malaysia dan para pemain.

Menurut Wahida amalan sihat seperti beriadah dan senaman rutin yang teratur mampu memberi faedah besar kepada kesihatan tubuh badan dan minda.

“Selain daripada mengisi masa lapang, menyihatkan tubuh badan, aktiviti sebegini juga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan jiran tetangga.

“Riadah dan senaman yang dilakukan beramai-ramai pastinya akan lebih menyeronokkan,” katanya.

Pasukan yang memenangi bagi pertandingan boling ini akan mewakili negeri Sabah pada 2 Disember depan di Sunway Pyramid Selangor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN