26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

1,500 benih ikan Siakap dilepaskan di  Sungai Kina Benua

LEPASKAN…. Bashir  (kiri) dan Faizal ketika melepaskan benih ikan Siakap di perairan umum Sungai Kina Benua pada Rabu.

LABUAN: Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama nelayan tempatan melepaskan sebanyak 1,500 benih ikan Siakap ke perairan umum Sungai Kina Benua, dekat sini, pagi Rabu.

Majlis perlepasan  telah disempurnakan   oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias  dan juga Pengarah Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili.

Ketika ditemui media Faizal berkata,  Jabatan Perikanan Labuan  sentiasa berusaha menambah sumber perikanan  khususnya kepada nelayan darat di  kawasan perairan Labuan.

Selain itu, program  perlepasan benih ikan siakap bertujuan untuk menyokong dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri perikanan   dan  agro pelancongan.

PENGHARGAAN… Bashir menerima cenderahati daripada Faizal  selepas majlis Program  Perlepasan Benih Ikan Siakap.

“Sungai Kina Benua di pilih kerana lokasinya  amat sesuai untuk benih ikan siakap membesar dan berlindung kerana di sekitarnya terdapat hutan kayu bakau yang menjadi lubuk pembiakan ikan jenis ini” katanya.

Sementara itu, Bashir  berharap golongan nelayan khususnya nelayan darat  dapat menfaat dan meningkatkan sumber pendapatan hasil  daripada program perlepasan benih ikan siakap yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan Labuan.

Beliau berkata, kerajaan melalui Jabatan Perikanan   sentiasa berusaha menambah sumber perikanan khususnya di  kawasan pesisir pantai  yang telah berkurangan sejak akhir-akhir ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN