Muhammad Azmimenyampaikan sumbangan kepada aznaf.
LABUAN:Seramai 1500 asnaf dan fakir di pulau ini menerima sumbangan RM200 seorang sempena Program Nur Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026.
Program anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan di Masjid Jamek Layang-Layangan dekat sini, pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, 300 asnaf menerima secara terus
semasa majlis berlangsung, manakala selebihnya disalurkan terus ke akaun
para asnaf.
Tidak ketinggalan pada majlis itu seramai 130 orang anak-anak tahfiz turut menerima sumbangan wang tunai yang
menggunakan Peruntukan Khas Wilayah Persekutuan yang disalurkan oleh JWP.
Pihak JWP juga menyalurkan sumbangan sebanyak RM5000 kepada Masjid Jamek Layang-
Layangan, Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding dan Maahad Tahfiz Addiin Wa Tharbiyatul Athfal sebagai usaha membantu dan menyokong pelaksanaan kerohanian dan kebajikan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa Masjid dan jemaah madrasah Tshfiz.
Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pengarah JWP, Datuk Mohamad Azmi Mohd Zain.
Turut diadakan penyampaian hadiah Pertandingan Bercucul peringkat kampung sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang menyaksikan Kampung Kilan muncul johan pertandingan tersebut.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Muhamad Salleh, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Samsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.
Pelaksanaan Program Nur Ramadan 2026 ini mencerminkan
komitmen berterusan Kerajaan dalam menyantuni golongan memerlukan,
memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama agensi agama dan komuniti
setempat dapat mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian yang menyeluruh
dari sudut kebajikan dan kerohanian.



