32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

150 nelayan di Labuan terima bantuan peralatan menangkap ikan

GAMBAR: SIMBOLIK… Muhammad Faiz ( enam dari kanan) menyerahkan  secara simbolik bantuan peralatan penakapan ikan sempena Program Rahman Mesra Madani  di Kompleks LKIM Labuan, pada Rabu.

LABUAN: Seramai 150 nelayan   dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)  Utara dan Selatan  di sini menerima bantuan perlatan menangkap ikan  yang disalurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Program Peningkatan Penangkapan Ikan (Touch Point.

Kesemua nelayan tersebut menerima bantuan itu yang disampaikan oleh Peengerusi Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil sempena Program Rahmah Mesra Madani yang diadakan di Kompleks LKIM, Kiansam dekat sini, pada Rabu.

Menurut Muhammad Faiz, penyerahan bantuan tersebut bertujuan bertujuan membantu meningkatkan pendapatan nelayan golongan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan bagi meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup mereka.

Selain itu katanya,  ia juga  bertujuan  untuk meningkatkan kecekapan serta kemahiran nelayan ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan.

 “LKIM telah memperuntukan sebanyak RM145,000  telah diperuntukkan  bantuan Touch Point kepada 98 penerima melibatkan pelbagai bantuan perlatan termasuk Enjin Sangkut,  Bubu Ketam, Jaket Kesalamatan dan  Kotak  Insulasi “ katanya ketika ditemui media pada program tersebut.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 50 penerima Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

 LKIM juga turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM120,000.00 kepada 2 Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Hasil Perikanan(CCDC)  Kampung Durian Tunjong dan Kampung Lubok Temiang.

Muhammad Faiz berkata, peruntukan itu bagi membolehkan kedua dua  Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Hasil Perikanan  (CCDC) mendapat Coldroom sekaligus  membolehkan pusat itu   meningkatkan produktiviti.

 Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Pengarah LKIM Wilayah Persekutuan Labuan, Fadhilah  Azib dan  Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan  Wilayah Persekutuan Labuan, Hassan Jinin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN