Sebahagian pesara ketika mula menaiki anak tangga tersebut
RANAU: Seramai 15 orang pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan diketuai mantan Guru Besar SK. Pahu Himbaan, Mohd Marmoh Yukin berjaya menawan 500 anak tangga di Bukit Genipis Tudan, baru-baru ini.
Turut serta dalam rombongan tersebut ialah mantan Pegawai Pendidikan Daerah, Adzman Manaf, mantan Nazir Sekolah-Sekolah Negeri Sabah, Deen@Daim Gundah, mantan guru-guru besar, guru-guru, ustaz sekolah menengah dan rendah.

Mantan KPPD, Adzman: pertama dari kiri dan Marmoh
Menurut Mohd Marmoh, antara objektif program tersebut ialah sebagai pengisian aktiviti tahunan dan masa lapang serta merupakan salah satu cara mempromosikan pusat-pusat pelancongan di daerah sendiri.
“Selepas melakukan lawatan di Genipis kami akan bergerak secara konvoi sejumlah 6 buah kereta 4×4 melalui jalan-jalan gravel ke perkampunan Nagaya, Sonsondoton, Torolobou, Ratau dan Tagudon Lama sebelum balik ke Restoran Masanog Homestay Himbaan untuk makan bersama dan seterusnya bersurai,” katanya.



