25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peter Anthony memohon maaf kepada seluruh rakyat Tenom

Peter….Mohon maaf tidak turun kawasan kerana dikuarantin 14 hari. (Gambar fail)

Oleh:Marutin Ansiung

TENOM:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Melalap Datuk Peter Anthony memohon maaf kepada seluruh rakyat Tenom kerana tidak dapat turun di kawsan kerana dikuarantin selama 14 hari.

“Dengan rasa dukacita dan simpati kepada seluruh penduduk Tenom, saya memohon maaf kerana tidak dapat turun ke kawasan Melalap dan Tenom keseluruhannya semenjak musibah banjir berlaku beberapa hari yang lepas.

Ini katanya, berikutan daripada arahan Kerajaan Negeri Sabah yang mewajibkan setiap individu yang masuk ke Sabah untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari berkuatkuasa 20 Mei 2021.

“Saya perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari apabila sahaja tiba di Sabah pada 20 Mei 2021 dari Kuala Lumpur bagi mematuhi SOP yang ditetapkan” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Walau bagaimanapun katanya, beliau telah mengambil PCR test dan disahkan negatif sebelum balik ke Sabah. 

“Saya difahamkan sejak beberapa hari yang lalu, hampir keseluruhan kawasan Tenom ditenggelami air akibat daripada hujan yang berlarutan terutamanya di kawasan pedalaman.

Untuk membolehkan saya turun ke kawasan saya (Melalap,Tenom) , pihak saya telah memohon kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memendekkan tempoh kuarantin saya. Namun demikian, permohonan saya tidak diluluskan” jelasnya. 

Oleh yang demikian tambahnya, beliau telah mewakilkan satu pasukan daripada Pejabat Perhubungan Parti Warisan Bahagian P.181 Tenom untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada penduduk terjejas. 

“Saya juga sentiasa berhubung dengan mereka bagi memastikan bekalan keperluan harian penduduk di daerah Tenom tidak terputus dan mencukupi. Semoga penduduk Tenom akan terus tabah dan kita doakan agar  bencana ini cepat berlalu” ujarnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN