31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

14,900 orang atau 19 peratus penduduk Ranau telah divaksin setakat ini

Gambar – Dr. Joachim menyantuni penduduk kampung yang menerima suntikan dalam Program Outreach di SK Kawiyan, Ranau.

RANAU, 27 JUN 2021: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata seramai 14,900 orang atau 19 peratus daripada populasi daerah ini yang berjumlah 78,000 orang telah divaksin setakat ini.

Katanya, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada populasi daerah ini telah berdaffar di MySejahtera untuk diberikan vaksinasi.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata demikian semasa melawat program Outreach yang diadakan di SK Kawiyan, Kampung Kawiyan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Ranau.

Ini merupakan program Outreach kedua dan jumlah yang divaksin pada hari ini ialah 125 orang. Walau bagaimana pun, mereka (Pejabat Kesihatan Ranau) membawa 200 vaksin sebagai persediaan sekiranya ada penduduk yang ingin divaksin.

Dr. Joachim berkata program ini adalah usaha Kerajaan dalam memastikan semua rakyat Sabah khususnya di pedalaman seperti di DUN Kundasang menerima vaksin.

“Penduduk kampung tidak perlu takut dan ragu-ragu dengan suntikan berkenaan kerana ia adalah selamat. Ini amat penting dalam melawan penularan Covid-19,” katanya.

Penerima tertua vaksin di Ranau berusia 93 tahun, tambahnya.

Dr. Joachim juga meminta penduduk kampung untuk tidak percaya dengan dakwaan tentang kesan negatif vaksin seperti yang diwar-warkan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Vaksin jenis Sinovac yang diberikan di Kg Kawiyan dibawa ke pusat pemberina vaksin tersebut dengan bantuan kenderaan pacuan empat roda.

Lokasi seterusnya program outreach ini ialah di kawasan Kaingaran dalam DUN Kundasang dan kawasan Paginatan dalam DUN Paginatan dalam awal Julai ini, kata Dr. Joachim.

Terdapat 9 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam daerah Ranau melibatkan satu dewan masyarakat dan yang selebihnya Klinik Kesihatan Paginatan, Timbua, Perancangan, Lohan, Kundasang, Bundu Tuhan dan juga Klinik Ibu dan Anak yang akan beroperasi.

Menyentuh mengenai agihan bantuan bakul makanan, Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian menjelaskan bahawa mereka yang rasa diri mereka layak untuk menerima bantuan di bawah kategori B-40 dan e-Kasih, bolehlah mendaftar dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing atau melalui Unit Pembangunan Pemimpin Masyarakat (UPPM) yang akan senarai nama ke Pejabat Daerah Ranau untuk tujuan pengesahan.

“Saya juga berterima kasih dengan Pengerusi Pusat Operasi Kawalan Bencana (PKOB) Syahrin Samsir, yang berjaya mengekalkan kadar jangkitan Covid-19 daerah Ranau dalam keadaan terkawal dalam tempoh masa dua tahun ini.

Dr Joachim turut berterima kasih kepada Pejabat Kesihatan Ranau dan Jabatan Penerangan.

Turut hadir Ahli Parlimen Ranau, YB Jonathan Yassin bersama dengan pegawai Pejabat ADUN Kundasang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN