31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 14, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

148 gereja di Kadamaian terima RM148,000 sumbangan Krismas daripada Ewon

KADAMAIAN: Sebanyak 148 buah gereja di seluruh Kadamaian menerima sumbangan sebanyak RM148,000 daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kadamaian berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu persiapan setiap gereja merayakan sambutan Krismas ataupun Tahun Baharu 2026.

Setiap gereja masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM1,000.00.

“Sebagai ADUN Kadamaian, saya telah memperkenalkan bantuan sumbangan ini sejak beberapa tahun lalu kepada badan-badan keagamaan di Kadamaian bagi membantu persiapan mereka merayakan sambutan keagamaan.

“Bagi gereja-gereja, mereka akan menerima sumbangan sebanyak RM2,000 iaitu RM1,000 bagi sambutan Paskah dan RM1,000 lagi bagi merayakan sambutan Krismas atau Tahun Baru yang akan disampaikan sebelum tarikh kedua-dua sambutan.

“Begitu juga dengan masjid-masjid dan surau-surau yang akan turut menerima sumbangan RM2,000 iaitu RM1,000 bagi sambutan Hari Raya Puasa dan RM1,000 lagi bagi sambutan Hari Raya Haji,” katanya.

Ewon menyatakan pemberian sumbangan tersebut boleh memupuk semangat kekitaan, kebanggaan dan kebersamaan di kalangan rakyat Kadamaian.

“Saya mahu melihat rakyat Kadamaian mempunyai sense of belonging yang lebih jitu dengan adanya penghormatan tinggi saya kepada acara-acara keagamaan yang disokong melalui peruntukan Sentuhan Kasih ADUN Kadamaian.

“Saya sentiasa mengajak semua rakyat Kadamaian yang hidup berjiran dan berkomuniti untuk terus memantapkan silahturahim, semangat perpaduan, perdamaian, keharmonian, kerjasama dan kebersamaan dalam kejiranan komuniti Kadamaian.

“Keunikan kepelbagaian kaum, agama dan budaya rakyat Sabah merupakan kekuatan utama Sabah First yang mesti dipertahankan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN