27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

14 Unjam bernilai RM41,000 di labuhkan di perairan pantai Lubok Temiang

SIMBOLIK….Zarina bersama Komuniti Nelayan secara simbolik melancarak projek melabuh unjam di pantai Kampung Lubok Temiang, pada Rabu.


LABUAN: Sebanyak 14 unjam bernilai RM 41,000 telah dilabuhkan di perairan pantai Kampung Lubok Temiang bagi meningkatkan tangkapan ikan Komuniti Nelayan Lubok Temiang dan Komuniti Nelayan Tanjung Aru.


Unjam atau lebih dikenali dikalangan penduduk kampung sebagai Raba atau Tukun Tiruan tempatan yang diperbuat daripada batang buluh dan ranting kayu serta batang simen konkrit merupakan projek yang dilaksanakan dibawah Komuniti Nelayan Labuan dengan kerjasama Strategik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).


Majlis pelancaran simbolik melabuhkan unjam itu disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Infrastruktur LKIM Ibu Pejabat Putrajaya, Zarina Abdul Latif, pada Rabu.


Hadir sama, Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan, Anuar Deraman, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Labuan (PNK), Haji Abdol Samat Haji Mustapha, Pengurus Besar PNK Labuan, Badrun Jili, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon 5, Junit Aling dan Ketua Kampung Lubok Temiang, Khalid Sanif.


Terdahulu, Zarinah ketika berucap berkata, projek melabuhkan unjam merupakan projek Pengurusan Sumber Perikanan Mampan melalui program pembangunan unjam kerjasama strategik LKIM dan Jabatan Perikanan bagi membantu dan memudahkan aktiviti pencarian dan penangkapan ikan oleh komuniti nelayan.


“Pemilihan Kampung Lubok Temiang sebagai lokasi projek berkenaan mengambil kira kejayaan dan sumbangan nelayan mendaratkan tangkapan ikan yang memberangsangkan sekaligus telah meningkatkan sumber pendapatan kedua-dua komuniti nalayan berkenaan.


“ Pada tahun lalu Komuniti Nelayan Kampung Lubok Temiang berjaya mendaratkan ikan sebanyak 130,984 kilogram dengan nilai RM 808,201.00 , manakala Komuniti Nelayan Tanjung Aru berjaya mendaratkan tangkapan ikan seberat 96,000 dengan nilai RM 823,745.00 sekaligus menyumbang 7.6 peratus daripada nilai keseluruhan pendapatan ikan di pulau ini” katanya. http://Borneo Daily Bullerin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN