24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

14 tahanan warga Filipina lari dari pusat tahanan di Kimanis; tujuh masih diburu

Tujuh tahanan yang melarikan diri dan masih diburu polis

PAPAR: Seramai 14 tahanan warga Filipina melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS), Depoh Tahanan Imigresen Kimanis, di sini, awal pagi tadi.

Tujuh daripada mereka telah berjaya ditangkap semula manakala selebihnya masih dalam buruan polis.

Ketua Polis Daerah, DSP Batholomew Umpit berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika 14 lelaki berusia antara 23 hingga 43 tahun itu bertindak keluar dari pusat tahanan dengan mengumpil bumbung tandas bangunan dan memanjat bumbung setinggi kira-kira dua meter. 

Katanya, setakat jam 10.45 pagi tadi, tujuh tahanan tersebut yang ditahan semula kira-kira dalam lingkungan radius dua kilometer dari depoh tersebut. 

“Sementara yang selebihnya lagi masih diburu dan percayai masih berada di dalam daerah.

“Kita edarkan gambar suspek dan sekiranya orang ramai ada terlihat mereka yang masih bebas dan diburu ni, diminta segera menghubungi balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar.

Sekatan jalan raya diadakan di tiga lokasi daerah ini iaitu Kinarut, Papar dan Bongawan bagi mengesan tujuh lagi tahanan tersebut yang masih bebas. 

Operasi menangkap semula tahanan ini turut dibantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Unit Anjing Pengesan K9, Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Polis Marin (PPM). 

Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan –Warta Oriental

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN