ADVERTISEMENTspot_img

14 buah rumah di Kg.Dalit Stesen ditenggalami banjir

GAMBAR ATAS– Penduduk yang perpindah ke rumah jiran.

KENINGAU:Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Dalit Stesen kira-kira 40 kilometer dari sini ditenggalami banjir lebih kurang jam 5.00 pagi tadi.

Menurut seorang penduduk Gunung Laraman, banjir itu berlaku berikutan hujan yang berterusan di kawasan itu sejak petang Isnin sehingga subuh Selasa.

Surau Dalit Stesen turut terjejas banjir

Walau bagaimanapun katanya, tiada kerosakan harta benda dilaporkan.

“Cuma terdapat tanaman yang musnah akibat tertimbus dengan lumpur” katanya ketika dihubungi wakil Borneo Daily Bulliten di sini hari ini.

Beginilah keadaan sungai Dalit yang banjir.

Beliau memberitahu, bajir itu mula surut jam 11.00 pagi tadi sehingga lewat petang keadaan pulih sepenuhnya.

Namun katanya, mereka dalam keadaan berjaga-jaga kerana hujan masih berterusan petang ini. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN