35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

134 asnaf, pelajar tahfiz dan anak yatim terima sumbangan Aidilfitri UMNO Labuan

PENERIMA…. Mohd Rafi  (berdiri tengah) bersama sebahagian   penerima sumbangan Aidilfitri UMNO Labuan

LABUAN: Seramai 134 orang  yang terdiri daripada asnaf, pelajar tahfiz dan anak yatim menerima sumbangan aidilfitri daripada UMNO Bahagian Labuan sempena Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri UMNO Labuan yang diadakan di Desa Tunas Sungai Miri, pada Sabtu.

Sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan asas harian itu disampaikan masing masing oleh Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Bashir Alias dan Naib Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Ab. Ghani.

Turut menyampaikan sumbangan yang sama ialah Ketua UMNO Kepong, Datuk Mahadhir Sulaiman dan Pengarah Urusan,  MRSB Plantation Sdn. Bhd., Datuk Bibi Safna Datuk Ali Hassan

Mohd Rafi  berkata penerima tersebut membabitkan 60 golongan asnaf dari seluruh  30 cawangan,  44 orang anak yatim di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan dan 30 pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Quran  Marinding dan  Madarasah Al Falah Lubok Temiang  bagi membantu meringankan beban  golongan tersebut.

“Ini adalah sebahagian kecil daripada penerima  di bawah program Ziarah Kasih Ramadan yang telah kami anjurkan dan dilaksanakan di 30 cawangan UNMO.

“Setakat ini sebanyak 25 cawangan telahpun selesai melaksanakan Ziarah Kasih Ramadan  dimana setiap cawangan akan menerima 15 penerima” katanya ketika ditemui  media pada majlis itu.

 Hadir sama pada majlis itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda Bahagian, Saifful Pungot dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Normiyatie  Jumat.

Terdahulu sebelum itu, Mohd Rafi yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mempengerusikan Mesyuarat pertama UMNO Bahagian sesi 2023-2026 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Tingkat 8, Ujanan Kewangan.

2.SERAH… Mohd Rafi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN